Skip to main content

Bongkar Rahsia Personaliti Pemakai Beg Tangan Wanita,Sudah Tahu Pasti Tersenyum


"Cantiklah handbag awak"

Jika ini adalah kenyataan pertama daripada seseorang apabila bertemu anda,

Awas!!

Beliau kemungkinan besar penggemar handbag.Sebab itu yang diperhatikan dahulu.Tak kisahlah orang tersebut lelaki ataupun perempuan.

Gambar handbag yang saya paparkan adalah sekadar contoh.Harga?maaf, saya tidak nyatakan kerana ada yang boleh anda dapatkan hanya 5 minit,ada yang 5 tahun akan datang,ada masa 50tahun baru boleh dapat atau memang sekadar boleh tengok sahaja tetapi tidak mampu memiliki.Hehe

Tak kisahlah berapa nilainya yang penting menarik dan sesuai dengan diri dan poket masing-masing.

Berdasarkan pemerhatian,pemilihan design handbag juga boleh menentukan personaliti seseorang.

Apakah personaliti korang?;)
Sharelah dengan kami

Boleh Like,Komen dan Share album ini untuk panduan rakan taulan.Sharing is caring 👜💼💋


Jika anda perhatikan,penggemar handbag begini gemar warna lembut dan pastel.

Personaliti mereka yang suka akan benda yang bercorak floral dan warna penyejuk hati sedikit sebanyak ada kaitan dengan diri.

Sopan santun dan patuh salah satu sikapnya.Jika bawa jumpa mak mentua kira ON la.Bukan bawak beg jumpa mak mentua ya,saya maksudkan personaliti seseorang yang suka dengan stail begini.😜

Mak mentua awak pun ada taste.Kalau sama personaliti macam awak takpe,dapat yang jenis dramatik,eloklah bagi dia pilih sendiri🙈Awak  yang bayarkan 




Pemilik beg tangan ini adalah tegas!
Mereka suka merancang dan akan pastikan apa yang dirancang itu akan berjalan dengan lancar.

Kehidupan teratur.Sesiapa inginkan rakan atau teman hidup yang tersusun jadualnya bolehla risik-risik mereka daripada golongan ini.

Tetapi! Mereka sangat teliti dan akan pilih barangan berkualiti dan 'worth for money' tidak kisahlah berapa harganya, mereka sanggup bayar ok.

Orang kata mereka ini " skema ".
Bagusnya mereka sebab mereka pengikut dan perancang yang baik.Perlu sangat orang begini dalam organisasi.Jika ada target,kemungkinan besar boleh tercapai.


Mereka yang gemar dengan handbag ini suka dengan benda seni dan apabila membeli sesuatu ianya sangat sentimental.
Tidak mustahil di dalam beg mereka sendiri,penuh pelbagai barang.
Mungkin plastik gula-gula yang cantik,leaflet dan design yang eksotik pada pandangan matanya😅

Tidak suka dengan peraturan tetapi suka hidup dalam dunia sendiri.

Cik Adik,boleh jadi dreamer,tapi bawaklah diri ke alam realiti adalah lebih baik.





Saya suka melihat mereka yang daripada golongan ini.

Nampak tegas tetapi ada juga sikap kewanitaan itu.Jika mereka ingin menunjukkan emosi adalah secara tidak melulu tetapi akan buat dengan cara berhemah tetapi maksud itu tetap tercapai.

Mungkin sedikit ego sebab menggunakan pendekatan 'i'm watching you,but let it fold naturally'
Kadang-kadang boleh nak berprinsip begiti,jika kerap sangat nanti boleh tertinggal benda baru atau benda yang dikehendaki tidak dapat dimiliki.

Nampak 'cool' dan 'well balanced' dengan kebanyakan orang.Tiada masalah untuk bergaul dengan pelbagai latar belakang.

Orang mudah datang dekat dengan dia.Hati-hati jangan terperangkap dengan 'buaya'.Hehe



Pemilik ini suka kelainan dan menonjolkan diri.

Jadi dengan kemampuan menarik perhatian orang,bolehla bekerja di dalam bidang sales dan marketing.Keyakinan anda diperlukan untuk menaikkan rating atau populariti syarikat.Hihi

Kadang-kadang sikap 'over-action' membuatkan orang sekeliling menjauhkan diri.Ketika emosi tidak terkawal,mulut pun laju saja berkata ( outspoken ).

Tapi,mereka baik hati!Tidak ramai yang boleh ngam dengan mereka ini.


Mereka ini sangat simple!
Jarang berfikir hal remeh temeh tentang penampilan luaran,

Yang penting kerja jalan - dapat wang -makan - simpan (berulang)
Sepanjang saya kenal mereka yang natural ini,mereka adalah penyimpan tegar dan memiliki aset yang dalam diam orang pun tak tahu.Jika terdesak,mereka ada saving yang besar.Huu.

Tahu menentukan sesuatu itu adalah kehendak atau keperluan.Orangnya agak reserved dan suka jadi penyokong.Kalau ingin ke hadapan hanya apabila terpaksa.😅


Selamat mencuba semua! 

#sarahata


Comments

Popular posts from this blog

Mudahnya Makeup Si Kaca Mata l Sarahata.com

  Boleh dapatkan full video disini : https://wasep.me/sh-grooming Ada yang pakai cermin mata tapi nak makeup Katanya susah sebab pakai cermin mata Saya faham,sebab bila buka cermin mata Mata kabur tak nampak Its ok,buat saja yang asas 1.Moisturizer 2.Sunscreen 3.Foundation 4.Bedak 5.Blusher (boleh juga jadikan eyeshadow) 6.Shading + highlight 7.Eyeliner *optional 8.Mascara *optional 9.Lipbalm 10.Lipmatte/lipstick Selamat mencuba! Boleh dapatkan video di bio untuk lihat tips dan trick ya #shgrooming #makeuptutorial  #makeup  #imageconsultant #sarahata Video boleh tonton disini :  https://www.facebook.com/share/p/fVWssdtkvc7ou9Gz/?mibextid=qi2Omg

Simpanan KWSP : 3.6 juta kurang RM1,000, 6.1 juta kurang RM10,000 l Sarahata.com

Kuala Lumpur: Seramai 3.6 juta ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) direkodkan mempunyai simpanan kurang RM1,000, manakala 6.1 juta lagi kurang RM10,000. Dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Pandan, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Kementerian Kewangan berkata, punca utama keadaan itu adalah berikutan pengeluaran bernilai RM101 bilion susulan inisiatif i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra Katanya, kejatuhan jumlah simpanan itu lebih merisaukan bagi ahli Bumiputera memandangkan 78 peratus atau lebih tiga perempat yang memohon untuk fasiliti pengeluaran berkenaan. Akibatnya, seramai 4.4 juta atau 54 peratus ahli Bumiputera kini mempunyai kurang daripada RM10,000, manakala 2 juta atau 25 peratus lagi mempunyai kurang daripada RM1,000. "Pengagihan simpanan menjadi semakin tidak saksama. Kumpulan 40 peratus terbawah ahli KWSP, merangkumi lebih kurang 5 juta ahli telah menyaksikan simpanan mereka jatuh sebanyak 38 peratus kepada hanya RM8 bilion, menjadikan baki simpanan medi

Analisis Warna l Sarahata.com

 Warna Sejuk atau Panas? =•=•=•=•=•=•=•=•=•=•=•=•=•=• Ketika melakukan analisis ini Saya tidak pakai bedak,lipstik dan foundation Hanya blusher sikit di pipi dan kelopak mata Mata memang pakai contact lense  Perlu pakai pakaian putih Paling senang,sarung saja telekung putih  Jadi,boleh nampak kesan noda hitam,jeragat Kesan jerawat lama,tahi lalat dengan jelas Untuk ketahui warna itu sesuai dengan anda:  ✅Kurang jelas nampak kesan noda hitam,jeragat di wajah ✅Nampak warna tersebut balance /blend well dengan wajah ✅Nampak wajah bermaya ✅Warna itu tidak overshadow anda Jika warna itu TIDAK sesuai: ❌ Nampak jelas segala jeragat,noda hitam,frekles di wajah ❌ Wajah nampak tidak bermaya/penat/sakit ❌ Warna itu tidak blend well dengan kulit Diantara A dan B  Gambar mana yang nampak JELAS  noda hitam di wajah di sekitar mulut dan pipi? **Boleh tekan gambar dan zoom,memang nampak ada perbezaan https://linktr.ee/sh.grooming #shgrooming #sarahata  #analisiswarna #konsultanimej