Skip to main content

Wanita & Wang


Lelaki dan wanita berbeza
Apa jua keputusan dibuat kedua jantina ini juga berlainan kesannya
Namun, kita tidak nafikan gabungan lelaki dan wanita dalam satu projek mahupun organisasi lebih berjaya
Baik
Kali ini kita nak diskus mengenai wanita &
wang


Perbelanjaan
----------------------
Kajian bertajuk "Men Buy, Women Shop" dari Wharton School of Business mendapati wanita melihat shopping ini sebagai aktiviti, lelaki pula kalau shopping bersebab dan terus ke lokasi membeli
Sebab itu shopping mall penuh perempuan, Kadang-kadang tak beli apa pun, tempat riadah kata mereka.Nak jogging sorang-sorang malu maka dia berjalan di shopping mall

Ingat tak satu poster tunjuk perempuan shopping dan lelaki shopping.Saya sebagai wanita pun mengiyakannnya

Apa Yang Dibeli
---------------------------
Lelaki dan wanita turut berbeza dalam apa yang nak di beli

Ikut survey dari Bureau of Labor Statistics 2015-2016 mendapati :
Lelaki bujang belanja lebih banyak dari wanita bujang. Yela sebab belanja awek dan keperluan lain kan hihi

Tetapi lelaki punya pendapatan lebih $10,000 dari wanita dalam setahun
Perempuan over budget lagi banyak 

Kalau bab makan juga lelaki single spend banyak lagi berbanding wanita bujang

Kalau bab pakaian pula tak terkejut kalau perempuan lebih banyak membeli berbanding lelaki. Perempuan belanja dalam $1140 berbanding lelaki $813


Bab personal care pun sama untuk syampu, scrub dan Skincare dalam $595 l, lelaki kan simple je kadang-kadang sabun yang sama dorang buat syampu, cuci badan dan muka🤣


Kalau bab pengangkutan macam motor ke kereta, lelaki sanggup bayar lebih. Yela girlfriend no 2 kan haruslah spend untuk dia juga

Bagi bab hiburan, lelaki dan perempuan sama saja cara belanja mereka. Cuma beza lelaki suka dengan audio dan perkakas elektrik. Perempuan pula banyak spent ke binatang peliharaan, pokok mahupun hiasan

Bab shopping masa sales, wanita memang suka sangat! Berdasarkan infografik dari PaymentSense, 71% wanita membeli ketika sale, lelaki hanya 57% saja

Simpanan
-----------------
Kajian 2015 dari BMO Harris mendapati lelaki lebih menyimpan 2 kali ganda dana kecemasan berbanding wanita

Tapi kajian dari Fidelity, 2017 pula menyatakan wanita sudah melebihi lelaki dalam urusan simpanan

Masalah timbul apabila gaji di terima wanita sedikit berbanding lelaki
Kalau 10% dari 30,000 tetap sedikit berbanding 8% dari 40,000

Haaa..sebab itu kita perlu bersyukur ada ya kuasa ajaib dipanggil 'Compund Interest'
Kita simpan sikit-sikit lama-lama jadi banyak

Wanita banyak berkorban masa dan tenaga apabila sudah berumah tangga. Atas faktor kesihatan dan kesejahteraan keluarga, ada yang melepaskan jawatan dan kerjaya. 

Jadi, simpanan mereka akan berkurang dan mungkin juga 'Zero' selepas berhenti
Jadi, sayangi isteri masing-masing dengan wujudkan pemilikan aset kepada mereka
Rumah, tanah, emas mahupun simpanan tetap dalam mana-mana tabung unit amanah

Survey 2017 oleh GoBankingRates mendapati 40% wanita menyesal tidak punyai simpanan yang cukup, hanya 33% lelaki menyatakan sedemikian


Pelaburan
----------------
Spekulasi mengatakan perempuan agak takut untuk memulakan pelaburan
Sebenarnya bukan takut, tapi ambil langkah berhati-hati, wanita lebih suka analisa terlebih dahulu, ambil masa dan suka bertanya

Wanita melabur untuk jangka masa panjang berbanding lelaki inginkan pulangan segera

Wanita fikirkan pendidikan dan kehidupan anak-anak, loan rumah dan kereta yang perlu dilangsaikan sebelum bersama nanti
Wanita lebih suka beli dan tunggu berbanding lelaki yang lebih berani dan agresif mengambil risiko


Hutang
------------
Ikutkan lelaki lebih banyak hutang, logiknya hutang rumah dan kereta
Wanita pula kalau ada hutang belajar, kereta, hutang rumah juga

Seeloknya jika sudah berumah tangga, kurangkan hutang sebab ia dapat menjejaskan keharmonian keluarga

Belian secara cash melegakan jiwa
Atau cara lain tambah income dengan skill yang ada

Sama juga dalam mencapai target
67% lelaki pembelian yang besar
56% lelaki untuk mulakan bisnes
42% untuk pembelian rumah


Gol wanita lebih kepada kesihatan, perkahwinan dan pendidikan


Apa yang ditakuti semua orang!?
Perlu bekerja sampai ke akhir usia
Hutang tak habis lagi, tapi kudrat tak larat bekerja


Apa cara yang dapat selesaikan masalah ketika langsung tidak bekerja tapi masih mampu sustain kehidupan setiap bulan?
Wujudkan pasif income dari income sedia ada


Kalau tak berani
Start dulu dengan A$B mahupun mana-mana unit amanah sebab ada compound interest yang terbukti membantu apabila menyimpan dalam jangka waktu yang lama


Ada modal dan berani
Boleh melabur di bursa saham
Ada juga yang sewa beli rumah, kereta dan pelbagai cara lagi
Bab buat A$B loan RM100k keatas, melabur guna akaun KW$P dan dan melabur menggunakan cash untuk personal dan syarikat serta takaful boleh hubungi saya

#sarahata
#SHInvest




Comments

Popular posts from this blog

Simpanan KWSP : 3.6 juta kurang RM1,000, 6.1 juta kurang RM10,000 l Sarahata.com

Kuala Lumpur: Seramai 3.6 juta ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) direkodkan mempunyai simpanan kurang RM1,000, manakala 6.1 juta lagi kurang RM10,000. Dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Pandan, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Kementerian Kewangan berkata, punca utama keadaan itu adalah berikutan pengeluaran bernilai RM101 bilion susulan inisiatif i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra Katanya, kejatuhan jumlah simpanan itu lebih merisaukan bagi ahli Bumiputera memandangkan 78 peratus atau lebih tiga perempat yang memohon untuk fasiliti pengeluaran berkenaan. Akibatnya, seramai 4.4 juta atau 54 peratus ahli Bumiputera kini mempunyai kurang daripada RM10,000, manakala 2 juta atau 25 peratus lagi mempunyai kurang daripada RM1,000. "Pengagihan simpanan menjadi semakin tidak saksama. Kumpulan 40 peratus terbawah ahli KWSP, merangkumi lebih kurang 5 juta ahli telah menyaksikan simpanan mereka jatuh sebanyak 38 peratus kepada hanya RM8 bilion, menjadikan baki simpanan medi

Asyik Tak Berkenan Saja Bila Berkawan, Mari Jawab Kuiz Bahasa Cinta Ini

Kenali Bahasa Cinta ================ Sebenarnya bukan tiada yang cinta, mungkin kita tidak berusaha sepenuhnya, terlalu memilih, kriteria yang dikehendaki terlampau tinggi dan kurang masa untuk bertemu orang baru kerana sibuk dengan kerjaya Nak kacak, cantik, kerjaya hebat, figura bak model itu semua dalam drama je Cik adik Cari yang tenangkan hati Ada juga yang jenis lambat move on Maka, bertahun juga untuk sembuhkan hati dan tanpa sedar umur meningkat dan kudrat sudah lemah Rugi tau! OK, ada juga jenis cepat move on dan berkawan dengan pelbagai orang tapi masih tidak serasi Apa masalah ya? Sebab tak kenal dan tahu diri sendiri Menurut Gary Chapman, Penulis buku '5 Love Languages, The Secret To Love That Last' Secara asas ada 5 cara kita ekspresi rasa cinta dan sayang itu iaitu : 1.Kata Pujian Dan Sayang 2.Tingkah Laku 3.Pemberian Hadiah 4.Masa Bersama 5.Sentuhan Fizikal Tidak semua orang sama. Sebab itu ada jadi pe

Mudahnya Makeup Si Kaca Mata l Sarahata.com

  Boleh dapatkan full video disini : https://wasep.me/sh-grooming Ada yang pakai cermin mata tapi nak makeup Katanya susah sebab pakai cermin mata Saya faham,sebab bila buka cermin mata Mata kabur tak nampak Its ok,buat saja yang asas 1.Moisturizer 2.Sunscreen 3.Foundation 4.Bedak 5.Blusher (boleh juga jadikan eyeshadow) 6.Shading + highlight 7.Eyeliner *optional 8.Mascara *optional 9.Lipbalm 10.Lipmatte/lipstick Selamat mencuba! Boleh dapatkan video di bio untuk lihat tips dan trick ya #shgrooming #makeuptutorial  #makeup  #imageconsultant #sarahata Video boleh tonton disini :  https://www.facebook.com/share/p/fVWssdtkvc7ou9Gz/?mibextid=qi2Omg