Skip to main content

Simpanan KWSP : 3.6 juta kurang RM1,000, 6.1 juta kurang RM10,000 l Sarahata.com



Kuala Lumpur: Seramai 3.6 juta ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) direkodkan mempunyai simpanan kurang RM1,000, manakala 6.1 juta lagi kurang RM10,000.

Dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Pandan, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Kementerian Kewangan berkata, punca utama keadaan itu adalah berikutan pengeluaran bernilai RM101 bilion susulan inisiatif i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra

Katanya, kejatuhan jumlah simpanan itu lebih merisaukan bagi ahli Bumiputera memandangkan 78 peratus atau lebih tiga perempat yang memohon untuk fasiliti pengeluaran berkenaan.

Akibatnya, seramai 4.4 juta atau 54 peratus ahli Bumiputera kini mempunyai kurang daripada RM10,000, manakala 2 juta atau 25 peratus lagi mempunyai kurang daripada RM1,000.

"Pengagihan simpanan menjadi semakin tidak saksama. Kumpulan 40 peratus terbawah ahli KWSP, merangkumi lebih kurang 5 juta ahli telah menyaksikan simpanan mereka jatuh sebanyak 38 peratus kepada hanya RM8 bilion, menjadikan baki simpanan median sebanyak RM1,005.

"Kumpulan 40 peratus pertengahan turut mengalami kejatuhan sebanyak 18 peratus kepada RM155 bilion atau baki median sebanyak RM24,995.

"Hanya kumpulan 20 peratus teratas berusia bawah 55 tahun menyaksikan kenaikan dalam simpanan, namun ini mencapai median berjumlah RM152,043 atau bersamaan dengan hanya RM633 sebulan untuk 20 tahun," katanya.

Mengulas lanjut, katanya, KWSP menganggarkan ahli perlu bekerja antara empat hingga enam tahun secara tambahan bagi membina semula simpanan dikeluarkan semasa pandemik.

Ini mengakibatkan kejatuhan ketara dalam peratusan ahli mencapai Simpanan Asas iaitu RM240,000 pada usia 55 tahun, berbanding 36 peratus pada 2020, kepada kira-kira 27 peratus, hujung tahun ini.

"Kerajaan bersama KWSP sedang berusaha membantu ahli membina semula simpanan mereka demi masa depan persaraan.

"Pendirian kerajaan kekal dalam memperkukuh agenda perlindungan sosial untuk Keluarga Malaysia, termasuk melalui kesinambungan insentif i-Saraan dan Kasih Suri Keluarga Malaysia seperti diumumkan dalam Bajet 2020.

"Dalam memperkasa agenda perlindungan sosial, Majlis Perlindungan Sosial Malaysia dipengerusikan Perdana Menteri, kini sedang mengkaji pembaharuan asas kepada sistem perlindungan sosial negara," katanya.

Disiarkan pada: November 16, 2021 @ 8:36pm

Sumber : Harian Metro


 

Comments

Popular posts from this blog

Apa itu manicure & pedicure?

Rawatan Kuku Kaki dan Tangan --------------------------------------------- Dulu,saya tidak ambil kisah langsung mengenai hal ini. Langsung-tidak- ambil- peduli. Noktah. Sehingga saya mengalami kemalangan jalan raya di mana ketika itu kuku kaki saya telah tercabut di bahagian ibu jari,tengah dan bahagian hujung di kedua-dua belah kaki. Bayangkan selaput yang menutupi kulit yang kita panggil kuku itu hilang? Sakit!auchhh Perlu solat atas kerusi dan sakit juga ketika kena air.Ketika proses pertumbuhan kuku pun begitu.Jalan pun tidak berapa nak betul. Sejak peristiwa itu hikmahnya saya mengambil tahu mengenai rawatan menicure dan pedicure. ok,itu kisah lama. Pedicure adalah rawatan untuk kaki sebab ada kalanya kita tersilap memilih kasut yang sesuai,jadi pertumbuhan kuku akan jadi terbantut,kulit mati di sekeliling dan kuku akan menjadi lebam dan meninggalkan kesan darah beku. Jika dibiarkan,kuku akan mati. Adakala terjadi juga kuku te

Ouch Jerawat! Ada Ubat Tak Nak Surutkannya? Ini Beberapa Ubat Yang Pernah Dicuba - Sarahata.com

[ Ubat Jerawat ] Setelah menerima beberapa pertanyaan hebat mengenai macam mana nak sembuhkan jerawat,Fuh!!rasa macam doktor jap,buka klinik kena serbu rasanya haha😂 Ok baik, Ada beberapa lagi ubat sapu atau makan yang boleh dicuba seperti : •Doxymycin •Clindamycin •Nixoderm •Oxy •Zindaclin •Tea Tree Kita hanya berusaha,selain itu jaga pemakanan juga tau sebab Cik pun mangsa jerawat berkampung dulu.Sekarang dia sesekali je singgah. Boleh share kat kawan-kawan yang ada masalah jerawat ni. Terima kasih #SH #Sarahata #HouseOfBeauty

Baju Kurung,masih relevan ke nak pakai ke pejabat?Ini dia pilihan gaya ke pejabat

BAJU KURUNG KE PEJABAT ===================== Baju kurung merupakan baju kebangsaan di Malaysia Jadi ia diterima pakai sebagai pakaian rasmi untuk dipakai ke pejabat atau majlis yang lain Ciri pakaian ke pejabat haruslah minimal,warna yang tidak menggangu mata,corak memanjang,melintang dan diagonal dan tidak mengganggu rutin pekerjaan harian Gambar berikut adalah beberapa ciri baju kurung ke pejabat yang boleh diikuti Selamat mencuba! Like,Komen dan Share jika berminat dengan perkongsian ini Terima kasih Telegram : t.me/shgrooming & t.me/sarahhata Facebook : SH Grooming & Sarah Hata #SH #Sarahata #SHImage Butik : Era Maya,Jubah souq,Aqeela Muslimah,Zuco Fashion,Sireh Pinang Web : Zalora