Skip to main content

Kenapa Ibu Bapa Perlu Rancang Kewangan? l Sarahata.com


 1.Sebagai ibu bapa, sekurang-kurangnya tinggalkan 1/3 harta untuk waris

2.Kalau nak buat mereka berdikari dan tidak terlalu meminta dengan ibu bapa, boleh je cakap macam ini
"Abah/Mak takde tinggalkan apa-apa, usahalah kumpul harta dan wang sendiri, belajar dan kumpul ilmu untuk kelangsungan hidup sendiri nanti"
Tapi, hakikatnya tinggalkan "sesuatu" untuk waris apabila ibu/ayah sudah tiada
Kita hanya bagi "pancing dan kail",mereka yang boleh cari "umpan dan hasil"
3.Taknak tinggalkan apa-apa untuk anak-anak sebab takut bergaduh?
Dari kecil kot mereka sudah bergaduh walaupun depan kita😅
Hukum faraid ada. Kalau nak lebih sistematik, Ibu/bapa perlu buat perancangan harta pusaka. Bahagi sama rata. Takdelah orang yang tidak jaga kebajikan keluarga dan anak-anak nak sibuk harta peninggalan kita dikemudian hari apabila kita tiada
4.Jika anak sudah 18 tahun keatas, InsyaAllah mereka sudah boleh berdikari - Boleh kerja part time sambil belajar
Jika anak bawah 18 tahun, itu yang perlu difikirkan, untuk membesarkan anak, topik utama adalah wang ringgit serta kos untuk besarkan mereka. Walaupun makcik, pakcik atau saudara mara besarkan mereka, tinggalkan sekurang-kurangnya hibah untuk mereka uruskan anak-anak ini
5.Nak melancong dan berjalan tak perlu tunggu umur 40 atau pencen. Sekarang pun masih boleh jika mampu. Sebab ketika ini masih sihat, ada tenaga dan wang ringgit untuk beri pendedahan kepada anak-anak untuk lihat keindahan alam dan jika mampu melawat negara lain (jika tidak, galakkan mereka sambung belajar di luar negara atau melancong ke luar negara apabila sudah bekerja nanti)
6.Jutawan Ahmad Dawjee Dadabhoy, mewakafkan hampir seluruh hartanya termasuk tanah 1.2 ekar di Jalan Perak dan lot saham di Bursa Saham London bernilai jutaan ringgit dan beliau meninggal di sebuah rumah flat dikelilingi buku-buku namun hartanya sudah diwakafkan dan dapat di guna pakai oleh ramai orang bergenerasi lamanya dan diuruskan MAIWP. Haa.. Inilah true wealth, dia memang sudah jutawan, namun ingin zuhud di akhir hidupnya. Beliau tiada waris anak dan isteri
7.Sulaiman Abdul Aziz Al Rajhi, pengasas Bank Al Rajhi di antara jutawan dunia juga mewakafkan hartanya namun pada tahun 2011,beliau sudah pindahkan kekayaannya 1/3 kepada anak-anaknya, 2/3 untuk hal lain.Beliau punyai ladang kurma dengan 200,000 batang pokok di Kota Al Qassim, Wilayah Tengah Arab. Beliau tumpukan dengan Yayasan SAAR untuk kerja-kerja amal
Kesimpulan,
Kita bekerja dan belanja untuk siapa? Keluarga.
Sudah beri kepada keluarga, baru beri kepada orang lain

Comments

Popular posts from this blog

Simpanan KWSP : 3.6 juta kurang RM1,000, 6.1 juta kurang RM10,000 l Sarahata.com

Kuala Lumpur: Seramai 3.6 juta ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) direkodkan mempunyai simpanan kurang RM1,000, manakala 6.1 juta lagi kurang RM10,000. Dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Pandan, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Kementerian Kewangan berkata, punca utama keadaan itu adalah berikutan pengeluaran bernilai RM101 bilion susulan inisiatif i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra Katanya, kejatuhan jumlah simpanan itu lebih merisaukan bagi ahli Bumiputera memandangkan 78 peratus atau lebih tiga perempat yang memohon untuk fasiliti pengeluaran berkenaan. Akibatnya, seramai 4.4 juta atau 54 peratus ahli Bumiputera kini mempunyai kurang daripada RM10,000, manakala 2 juta atau 25 peratus lagi mempunyai kurang daripada RM1,000. "Pengagihan simpanan menjadi semakin tidak saksama. Kumpulan 40 peratus terbawah ahli KWSP, merangkumi lebih kurang 5 juta ahli telah menyaksikan simpanan mereka jatuh sebanyak 38 peratus kepada hanya RM8 bilion, menjadikan baki simpanan medi

Asyik Tak Berkenan Saja Bila Berkawan, Mari Jawab Kuiz Bahasa Cinta Ini

Kenali Bahasa Cinta ================ Sebenarnya bukan tiada yang cinta, mungkin kita tidak berusaha sepenuhnya, terlalu memilih, kriteria yang dikehendaki terlampau tinggi dan kurang masa untuk bertemu orang baru kerana sibuk dengan kerjaya Nak kacak, cantik, kerjaya hebat, figura bak model itu semua dalam drama je Cik adik Cari yang tenangkan hati Ada juga yang jenis lambat move on Maka, bertahun juga untuk sembuhkan hati dan tanpa sedar umur meningkat dan kudrat sudah lemah Rugi tau! OK, ada juga jenis cepat move on dan berkawan dengan pelbagai orang tapi masih tidak serasi Apa masalah ya? Sebab tak kenal dan tahu diri sendiri Menurut Gary Chapman, Penulis buku '5 Love Languages, The Secret To Love That Last' Secara asas ada 5 cara kita ekspresi rasa cinta dan sayang itu iaitu : 1.Kata Pujian Dan Sayang 2.Tingkah Laku 3.Pemberian Hadiah 4.Masa Bersama 5.Sentuhan Fizikal Tidak semua orang sama. Sebab itu ada jadi pe

Apa itu manicure & pedicure?

Rawatan Kuku Kaki dan Tangan --------------------------------------------- Dulu,saya tidak ambil kisah langsung mengenai hal ini. Langsung-tidak- ambil- peduli. Noktah. Sehingga saya mengalami kemalangan jalan raya di mana ketika itu kuku kaki saya telah tercabut di bahagian ibu jari,tengah dan bahagian hujung di kedua-dua belah kaki. Bayangkan selaput yang menutupi kulit yang kita panggil kuku itu hilang? Sakit!auchhh Perlu solat atas kerusi dan sakit juga ketika kena air.Ketika proses pertumbuhan kuku pun begitu.Jalan pun tidak berapa nak betul. Sejak peristiwa itu hikmahnya saya mengambil tahu mengenai rawatan menicure dan pedicure. ok,itu kisah lama. Pedicure adalah rawatan untuk kaki sebab ada kalanya kita tersilap memilih kasut yang sesuai,jadi pertumbuhan kuku akan jadi terbantut,kulit mati di sekeliling dan kuku akan menjadi lebam dan meninggalkan kesan darah beku. Jika dibiarkan,kuku akan mati. Adakala terjadi juga kuku te